Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
"Ya Allah tanah haram ini Tanah HaramMu dan negeri ini negeriMu dan keamanan ini keamananMu, maka haramkanlah aku daripada api neraka dan amankanlah dihari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu."